Close

TIME kini menawarkan kelajuan 200Mbps pada harga RM69 sebulan

Selepas menawarkan naik taraf kelajuan internet percuma untuk pengguna sedia ada. TIME kini sedia untuk mengemaskini Pakej MyKabel dengan menawarkan kelajuan yang lebih pantas pada harga langganan yang sama.

Sebelum ini, Pakej MyKabel ditawarkan dengan kelajuan 100Mbps dengan harga langganan RM69 sebulan. Kini, ia ditawarkan dengan kelajuan yang lebih pantas iaitu 200Mbps dengan harga langganan yang sama.

Lebih menarik, pakej ini tersedia kepada lebih banyak lokasi iaitu 16 berbanding 8 sebelum ini. Antara lokasi yang disenaraikan adalah PA Desa Rejang, Kuala Lumpur, PPR Kerinchi, Kuala Lumpur, PPR Kg Baru Air Panas, Kuala Lumpur, PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur, PA Kampung Melayu, Pulau Pinang, PPR Kampung Baru HICOM, Selangor, PPR Kota Damansara, Selangor, PPR Taman Putra Damai (Lembah Subang 1), Selangor, PPR Lembah Subang 2, Selangor, PPR Melana Indah, Johor, PPR Melana Indah 2, Johor, PPR Sri Iskandar, Johor, PPR Sri Stulang, Johor, PPR Taman Perling (Jalan Rawa 1), Johor, PPR Taman Perling (Jalan Rawa 7), Johor dan PPR Uda Utama, Johor.

Penawaran ini membolehkan pengguna menikmati kelajuan internet yang lebih pantas pada harga langganan yang sama. Selain itu, pakej ini juga boleh dikatakan antara termurah yang ditawarkan setakat ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN