Close

SKMM boleh padam akaun media sosial pengguna berumur 13 tahun ke bawah

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, mengingatkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka yang berusia 13 tahun ke bawah tidak memiliki sebarang akaun media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram dan sebagainya.

Menurut beliau, Suruhanjaya dan Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mendapati platform media sosial tersebut tidak sesuai untuk didedahkan kepada golongan di bawah 13 tahun. Beliau turut menyatakan yang SKMM boleh menutup atau memadam akaun pengguna di bawah 13 tahun sekiranya dimaklumkan oleh ibu bapa mereka.

Pada ketika ini, pendaftaran akaun media sosial tidak menyokong kaedah pembuktian yang memastikan pemilik akaun melebihi syarat yang dibenarkan. Berikutan itu, kerajaan telah mengadakan siri pertemuan dengan pihak berkaitan seperti Meta dan Telegram untuk berbincang mengenai cara menangani isu pemilikan akaun media sosial di bawah usia 13 tahun.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN