Close

nubia Neo 2 5G kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM999

nubia Neo 2 5G secara rasmi tiba untuk pasaran tempatan. Merupakan peranti yang memfokuskan kepada permainan dan mempunyai butang fizikal khas secara terbina yang boleh diprogramkan.

Untuk spesifikasi, nubia Neo 2 5G hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.72-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan mempunyai fungsi seperti Dynamic Island yang dipanggil sebagai Live Island yang memaparkan pelbagai notifikasi. Dikuasakan dengan cip Unisoc T820 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Kedalaman dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang akan turut dimuatkan adalah seperti Bluetooth 5.3, NFC, pengimbas jap cari pada butang kuasa dan pembesar suara jenis stereo.

Di Malaysia, nubia Neo 2 5G dijual pada harga RM999 dan ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Storm, Frost Silver dan Sunfire Yellow. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 27 April. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma ZTE Bluetooh Earphone yang bernilai RM159.

ARTIKEL BERKAITAN