Close

Shopee perkenalkan ‘On-Time Guarantee’ – Dapat baucar kalau barang sampai lewat

Dalam usaha menawarkan pengalaman penggunaan dan penghantaran yang lebih baik Shopee telah memperkenalkan program baru iaitu ‘On-Time Guarantee’.

Seperti namanya, program ini menjanjikan pesanan diterima mengikut waktu penghantaran yang ditetapkan. Sekiranya, pesanan diterima melebihi tarikh yang ditetapkan pengguna layak menerima On-Time Guarantee Voucher yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.

Namun begitu, program ini hanya terhad untuk penghantaran melalui servis logistik Shopee sahaja. Selain itu, tidak diterima pakai kepada pesanan yang dibatalkan sebelum melepasi Estimated Delivery Date.

Walau bagaimanapun, baucar tersebut tidak diberikan secara automatik. Sebaliknya, pengguna perlu menebus dalam tempoh tiga hari selepas menerima pesanan. Jika tidak ditebus, baucar tersebut akan luput. Untuk menebus baucar tersebut, pergi ke bahagian My Purchase > To Receive > Estimated Delivery Date. Sekiranya layak, ia akan memaparkan notifikasi baucar lewat hantar.

Program On-Time Gurantee ini akan bermula pada 6 Mei ini. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, boleh layari laman rasmi Shopee Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN