Close

Tesla panggil semula Cybertruck kerana masalah pedal

Trak pikap Tesla iaitu Cybetruck dilaporkan mengalami masalah ‘accelerator pedal’ yang menyebabkan pedal tersebut tersangkut sekaligus membahayakan pemandu atau pengguna jalan raya yang lain.

Tesla mula menyedari masalah tersebut pada 31 Mac 2024. Selepas menilai secara terperinci, Tesla telah mengeluarkan arahan untuk memanggil semula 3878 unit Cybertruck bagi menyelesaikan isu tersebut pada 12 April 2024.

Menurut laporan, Tesla telah menggunakan bahan yang kurang berkualiti pada acclerator pedal yang menyebabkan pedal tersebut tersangkut atau tersekat pada bahagian atas trim pedal. Selain masalah accelerator pedal, terdapat beberapa lagi masalah Cybertruck antara seperti muncul kesan karat pada bahagian body dan keluar lampu amaran secara tiba-tiba semasa memandu.

Tesla turut dilaporkan telah menghentikan penghantaran Cybetruck kepada pelanggan secara sementara bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN