Close

Nothing Ear dan Ear (a) boleh mula dibeli bermula 27 April ini

Nothing telahpun memperkenalkan dua TWS baru mereka iaitu Nothing Ear dan Ear (a). Menarik mengenai TWS ini adalah, ia turut diintergrasikan dengan ChatGPT membolehkan pengguna melakukan akses pantas melalui arahan suara.

Terbaru, kedua-dua TWS Nohting iaitu Ear dan Ear (a) boleh mula dibeli bermula 27 April ini melalui laman web rasmi Crossover. Manakala, untuk jualan umum akan bermula pada 11 Mei ini. Menariknya, setiap pembelian melalui Crossover akan menerima pelbagai hadiah menarik.

Nothing Ear merupakan TWS paling premium, menjanjikan audio 10% lebih baik dan lebih jelas melalui pemacu audio diafragma seramik bersaiz 11mm. Turut menyokong audio 24-bit Hi-Res dengan LHDC 5.0, LDAC dan Bass Enhanced. Untuk ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 40.5 jam dengan bekas pengecas dan 8.5 jam dengan fon telinga. Nothing Ear turut menyokong Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair.

Nothing Ear (a) merupakan TWS lebih mampu milik, masih menawarkan fungsi yang hampir sama seperti Nothing Ear. Antaranya seperti pemacu dinamik diafragma 11mm, Smart ANC dan sokongan LDAC. Ear (a) menawarkan ketahanan bateri yang lebih panjang iaitu 42.5 jam dengan bekas pengecas dan 9.5 jam dengan fon telinga.

Untuk harga jualan, Nothing Ear dijual pada harga RM659 dan Nothing Ear (a) dijual pada harga RM479.

Selain itu, buat pertama kalinya Nothing turut membawakan Nothing Apparel untuk pasaran tempatan melalui kerjasama Crossover. Namun, buat masa ini, Nothing hanya menawarkan dua pilihan Apparel iaitu

Transparent Labcoat yang dijual pada harga RM999 dan Transparent Cap pada harga RM199.

Bagi yang berminat, kedua-dua Nothing Apparel boleh mula dibeli bermula hari ini dan ditawarkan dengan kuantiti terhad dan hanya boleh didapatkan di Crossover TRX sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN