Close

vivo V30e 5G akan tiba di Malaysia tak lama lagi

vivo Malaysia melalui Facebook rasmi mereka telah mengesahkan ketibaan peranti baru iaitu V30e 5G ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Seperti model sebelumnya, siri ini masih mengekalkan kepada kepuayaan fotografi yang baik.

Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan yang V30e 5G hadir dengan rekaan kamera belakang berbeza dari model sebelumnya. Menggunakan rekaan kamera jenis bulat dengan bonggol yang agak tebal.

Dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan salah satunya kamera akan menggunakan sensor Sony IMX882. Selain itu, ia akan turut hadir dengan sokongan Aura Light generasi baru secara terbina dan kamera swafoto 50MP.

Buat masa ini, tiada maklumat yang didedahkan oleh vivo mengenai hari pelancarannya. Namun, di India peranti tersebut dijadualkan akan dilancarkan pada 2 Mei ini. Maklumat lanjut mengenai peranti ini dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN