Close

HONOR Pad 9 dan MagicBook X 16 2024 turut diperkenalkan dengan harga bermula RM1799

Pada acara yang sama, HONOR Malaysia turut melancarkan tablet dan komputer riba baru untuk pasaran Malaysia melalui model HONOR Pad 9 dan MagicBook X16 2024. Melaluinya, ia hadir dengan keupayaan yang memfokuskan kepada penggunaan yang lebih menyeluruh.

Untuk HONOR Pad 9, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 12.1-inci dengan resolusi 2560 x 16000. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 5G yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan kamera tunggal 13MP dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 8300mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 35W. Selain itu, tablet ini turut menyokong HONOR Choice Pencil dan juga Smart Bluetooth Keyboard. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Bluetooth 5.1, WiFi 5, 8 pembesar suara dan menjalankan sistem operasi MagicOS 7.2 yang berasakan Android 13.

Di Malaysia, HONOR Pad 9 versi 5G dijual pada harga RM1799. Bagi yang berminat, tablet ini boleh dibeli bermula 25 April di semua pengedar sah HONOR Malaysia.

Manakala untuk MagicBook X 16 2024, ia dilengkapi dengan skrin IPS bersaiz 16-inci dengan resolusi 1920×1200. Turut menyokong kecerahan puncak sehingga 300 nits dan TUV Rheinladn Low Blue Light.

Dijana dengan cip Intel i5-12450H yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 42Wh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 65W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, papan kekunci saiz penuh dengan kekunci numerik, WiFi 6 dan menjalankan Windows 11 Home. Selain itu, ia juga menyokong fungsi HONOR Connect yang membolehkan MagicBook X 16 digunakan bersama telefon pintar HONOR.

Bagi yang berminat, MagicBook X 16 2024 dijual pada harga RM2999. Boleh mula dibeli bermula 25 April dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM468.

ARTIKEL BERKAITAN