Close

HONOR X7b 5G kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM899

HONOR Malaysia secara rasmi memperkenalkan satu lagi peranti kelas pertengahan baru untuk pasaran tempatan melalui model X7b 5G. Sekaligus, melengkapkan penawaran untuk siri X7b bermaksud ia kini tersedia dalam dua pilihan model iaitu X7b 4G dan X7b 5G.

Untuk spesifikasi, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.8-inci dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Dimenisty 6020, 8GB RAM, storan dalaman 256GB, bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 35W.

Menggunakan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 108MP + 2MP Makro + 2MP Kedalaman dan swafoto 8MP. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti Bluetooh 5.1, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasi MagicOS 7.2 berasaskan Android 13.

Di Malaysia, HONOR X7b 5G dijual pada harga RM899. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula 25 April ini di semua pengedar rasmi HONOR Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN