Set kepala realiti pertama dari Apple iaitu Vision Pro telah berjaya mencipta pencapaian terbaru selepas peranti tersebut telah digunakan untuk membantu melakukan satu pembedahan di Hospital Jaraguá do Sul, Brazil.
Vision Pro dikatakan telah membantu pembedahan arthroscopy bahu yang dilakukan oleh doktor Bruno Gobbato. Menurut beliau, Vision Pro berjaya membantunya dalam prosedur untuk merawat pesakit dengan melakukan tear rotator cuff yang memerlukan kamera dimasukkan ke dalam sendi. Kemudian, pembedahan dilakukan dengan melihat secara terus melalui skrin Vision Pro.
Menurutnya, imej dan video yang dihasilkan secara terus oleh Vision Pro adalah pada resoluti tinggi dan dapat melihat model 3D dalam masa nyata. Sekaligus, menjadikan pembedahan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan selamat.
Gobbato turut memuji kemampuan dinamik kamera Vision Pro yang mampu merakam perincian objek dengan sangat baik walaupun terdedah kepada cahaya lampu bilik bedah yang terang. Ini bukanlah pertama kali Vision Pro digunakan dalam pembedahan. Sebelum ini, Vision Pro turut digunakan dalam satu pembedahan di Cromwell Hospital, London.