Storage atau storan yang besar membolehkan anda menyimpan lebih banyak data seperti gambar, video, dokumen, aplikasi dan sebagainya. Namun begitu, masalah storage penuh menyebabkan tiada lagi ruang untuk menyimpan data atau lebih teruk ia mungkin boleh menyebabkan prestasi peranti menurun.
Berikutan dari itu, kami ingin kongsi beberapa tips untuk mengoptimumkan atau menjimatkan storage telefon anda.
1. Kurangkan saiz fail gambar dan video
Gambar atau video boleh dikatakan antara data yang paling banyak disimpan dalam telefon. Jadi, ia memerlukan ruang simpanan yang lebih besar berbanding data lain. Namun tahukah anda, terdapat cara untuk mengurangkan saiz fail gambar dan video tanpa mengorbankan kualitinya.
Untuk gambar, anda boleh menggunakan format JPG berbanding RAW, tukar resolusi gambar dari ‘full size’ kepada ‘half size’ atau matikan fungsi motion. Manakala untuk video, gunakan format atau codec H.265/HEVC untuk menjadikan saiz fail lebih optimum berbanding format tradisional.
2. Guna perkhidmatan Cloud Storage
Pada ketika ini terdapat pelbagai perkhidmatan cloud storage yang boleh digunakan atau dilanggan seperti Google Drive, One Drive, Dropbox, iCloud dan lain-lain. Cloud storage membolehkan anda menyimpan pelbagai data dengan lebih mudah dan boleh diakses daripada mana-mana peranti. Dengan menggunakan cloud storage ia dapat menjimatkan storage telefon dengan lebih ketara.
3. Padam fail sampah atau tidak digunakan
Fail seperti junk files atau duplicate files boleh dikatakan sebagai salah satu penyumbang kepada masalah storage penuh. Kedua-dua fail ini boleh dibuang dengan menggunakan aplikasi seperti Files By Google untuk pengguna Android. Dengan membuang fail tersebut ia dapat menjimatkan storage telefon. Selain itu, pengguna disarankan untuk melakukan perkara tersebut secara berkala.
4. Matikan fungsi auto-download pada WhatsApp dan Telegram
Tidak dinafikan aplikasi WhatsApp dan Telegram merupakan aplikasi wajib pada setiap telefon pintar. Namun tahukah anda, fungsi auto-downloand pada WhatsApp dan Telegram telah ditetapkan secara aktif yang menyebabkan kandungan seperti gambar dan video dimuat turun secara automatik. Walaubagaimanapun fungsi boleh dimatikan dengan mudah.
Untuk WhatsApp, buka aplikasi pergi ke Setting dan pilih Storage and data. Pada bahagian Media auto-downlond dan untick semua pilihan kemudian tekan OK.
Manakala untuk Telegram, buka aplikasi pergi ke Setting dan pilih Data and storage. Pada bahagian Automatic media download dan disable semua tetapan.