Close

nubia Neo 2 5G akan tiba di Malaysia pada 22 April ini

nubia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka iaitu Neo 2 5G untuk pasaran tempatan pada 22 April 2024. Peranti ini memfokuskan kepada permainan dan mempunyai butang fizikal khas secara terbina.

Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi penuh yang dikongsi oleh nubia. Namun begitu, melalui penyenaraian di kedai atas talian nubia Malaysia di Shopee mendedahkan beberapa maklumat mengenai Neo 2 5G.

Peranti ini akan hadir dengan skrin bersaiz 6.72-inci, paparan 120Hz, 8GB RAM, storan dalaman 256GB, bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 33W. Untuk fotografi, ia hadir dengan sensor utama 50MP dan swafoto 16MP. Spesifikasi lain yang akan turut dimuatkan adalah seperti Bluetooth 5.3, NFC, pengimbas jap cari pada butang kuasa dan pembesar suara jenis stereo.

Buat masa ini, hanya harga jualan dan ketersediaan peranti yang menjadi rahsia. Seperti biasa, maklumat lanjut mengenai peranti ini akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN