Close

Cara tambah kad akses dalam fon – Wajib sokong fungsi NFC

Pada ketika ini, kebanyakkan fon menyokong fungsi NFC. Buat yang tidak mengetahui,

NFC adalah singkatan kepada Near-Field Communication, merupakan protokol yang menghubungkan dua peranti elektronik dalam jarak yang dekat.

Namun, tahukah anda yang kad akses seperti kad rumah atau kad pejabat boleh ditambah atau diklon ke dalam fon melalui NFC. Sekaligus, membolehkan anda menggunakan fon sebagai kad akses atau kad pejabat.

Namun begitu, pastikan fon anda menyokong fungsi NFC dan menjalankan Android 14. Selain itu, hanya kad NFC yang tidak disulitkan (encrypted) sahaja yang boleh ditambah atau diklon.

Cara tambah kad akses dalam fon :

  • 1- Pergi ke ‘Setting’ dan pilih ‘Bluetooh & Devices’.
  • 2- Pilih ‘NFC’ kemudian pilih ‘Acces Card’.
  • 3- Pada ‘Acces Card’ pilih ‘Add now atau +’.
  • 4- Letak kad di belakang fon dan tunggu sehingga proses selesai.
  • 5- Selepas selesai, letakkan nama kad dan tema warna untuk kad tersebut.
  • 6- Selepas berjaya, kad yang telah ditambah akan dipaparkan.

Untuk proses ini, kami menggunakan peranti iQOO 12. Kami juga telah mencuba pada beberapa peranti lain seperti vivo X100 Pro, iQOO Z9 5G dan realme 12 Pro+ 5G. Harus diingatkan, cara untuk menambah kad akses pada fon mungkin berbeza mengikut pengeluar. Selain itu, pastikan fungsi NFC dihidupkan sebelum menggunakannya.

ARTIKEL BERKAITAN