Close

Tips mudah nak bagi bateri iPhone tahan lebih lama

Ketahanan bateri adalah perkara yang dititikberatkan selepas prestasi. Jangka hayat bateri yang lebih lama memberikan masa penggunaan yang lebih panjang. Tidak kisahlah, apa tujuan anda menggunakan peranti, tanpa bateri peranti menjadi tidak berguna.

Jadi untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi cara untuk menjimatkan penggunaan bateri iPhone.

1. Matikan fungsi Auto Brightness

Fungsi auto brightness adalah untuk mengawal kecerahan skrin secara automatik mengikut kepada persekitaran. Namun, sekiranya kecerahan skrin berubah terlalu kerap pada tahap yang tinggi ia akan menjejaskan jangka hayat bateri.

Jadi, kami sarankan anda untuk nyahaktfikan fungsi ini dan kawal kecerahan skrin secara manual.

2. Matikan fungsi Background App Refresh

Terdapat kekurangan dan kelebihan mengenai fungsi background app refresh. Kelebihan fungsi ini membolehkan aplikasi dijalankan secara background ketika tidak digunakan sekaligus aplikasi dapat dibuka dengan lebih cepat apabila diperlukan. Namun, kekurangan fungsi ini adalah ia menyebabkan jangka hayat bateri menjadi lebih pendek.

Oleh yang demikian, kami sarankan anda untuk mematikan fungsi ini atau anda boleh memilih beberapa aplikasi untuk dibenarkan dijalankan secara background. Cara untuk menyahaktifkan fungsi ini, pergi ke Setting > General > Background App Refresh (OFF).

3. Matikan fungsi Location Services

Fungsi ini digunakan pada aplikasi yang memerlukan data lokasi seperti Maps, Instagram, Facebook dan sebagainya. Dengan mengaktikan fungsi ini, ia sedikit sebanyak memberikan kesan kepada ketahanan bateri.

Cara terbaik untuk menggunakan fungsi ini adalah dengan aktifkan bila perlu dan nyahaktif apabila tidak diperlukan. Selain itu, anda boleh menetapkan fungsi ini aktif secara automatik apabila menggunakan aplikasi yang memerlukan data lokasi. Cara untuk menyahaktifkan fungsi ini, pergi ke Setting > Privacy > Location Services (OFF).

4. Matikan fungsi Reduce Motion

Dengan mengaktifkan fungsi ini ia menjadikan setiap pergerakan yang dilakukan pada skrin mempunyai animasi seperti membuka dan menutup aplikasi. Namun tahukah anda, dengan menyahaktifkan fungsi ini ia mampu memanjangkan jangka hayat bateri. Cara untuk menyahaktifkan fungsi ini, pergi ke Setting > General > Accessibility > Reduce Motion (OFF).

ARTIKEL BERKAITAN