Close

Acara pelancaran Infinix GT 20 Pro dijadualkan pada 2 Mei ini

Infinix Malaysia akhirnya berkongsi tarikh pelancaran untuk GT 20 Pro yang dijadualkan pada 2 Mei ini. Maklumat tersebut dikongsi melalui laman rasmi Facebook mereka.

Walaubagaimanapun, perkongsian tersebut tidak mendedahkan maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan. Namun begitu, Infinix telahpun mengesahkan yang GT 20 Pro akan dikuasakan dengan cip Dimensity 8200. Jadi, kita mungkin boleh ia akan menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Spesifikasi lain yang dijangka akan dimuatkan pada peranti ini adalah 12GB RAM, storan dalaman 256GB , bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 45W. Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada hari pelancarannya. Jadi, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN