Close

Akaun Fleksible KWSP – Cara pindah dan keluarkan wang guna aplikasi KWSP i-Akaun

Umum mengetahui, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telahpun mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun yang berkuat kuasa bermula 11 Mei 2024. 

Melaluinya, KWSP telah memperkenalkan Akaun 3 atau dipanggil sebagai Akaun Fleksible yang membolehkan simpanan dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut kepada keperluan ahli.

KWSP telah menetapkan pemindahan permulaan Akaun Fleksible boleh dibuat bermula dari 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024. Berikutan itu, kami ingin berkongsi cara melakukan pemindahan dan pengeluaran wang melalui akaun aplikasi KWSP i-Akaun.

Cara pemindahan permulaan untuk Akaun Fleksible :

  • 1- Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun melalui Play Store, App Store atau HUAWEI AppGallery. (jika tiada)
  • 2- Buka aplikasi KWSP i-Akaun dan lakukan daftar masuk.
  • 3- Pada laman utama, klik ‘Ketahui Lanjut’.
  • 4- Pilih ‘Seterusnya’ untuk mengetahui penerangan mengenai Penstrukturan Akaun KWSP.
  • 5- Sekiranya anda memahami penerangan tersebut, klik ‘Pindah Sekarang’.
  • 6- Baca peringatan penting dan pilih ‘Teruskan’.
  • 7- Pilih ‘Teruskan’ pada anggaran simpanan akaun.
  • 8- Pada bahagian Perakaun Ahli pilih ‘Terima’.
  • 9- Pilih ‘Ya’ untuk teruskan dan pilih ‘Tidak’ untuk batalkan permohonan
  • 10- Selepas selesai, ia akan memaparkan ‘Permohonan anda berjaya dihantar’.

Baki Akaun Fleksible boleh mula disemak selepas 3 hingga 5 hari bekerja. Harus diingatkan, pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja dalam tempoh tersebut dan ia tidak boleh dibatalkan.

Cara pengeluaran Akaun Fleksible :

  • 1- Buka aplikasi KWSP i-Akaun dan lakukan daftar masuk.
  • 2- Pilih ‘Pengeluaran’ dan seterusnya pilih ‘Keluarkan simpanan anda’.
  • 3- Pilih ‘Akaun Fleksible’ kemudian pilih ‘Keluar sekarang’.
  • 4- Masukkan jumlah pengeluaran dan pilih ‘Teruskan.
  • 5- Pilih bank untuk kredit dan pilih ‘Teruskan’.
  • 6- Seterusnya, pilih ‘Terima’ dan masukan No TAC.
  • 7- Selepas selesai, ia akan memaparkan ‘Permohonan anda berjaya dihantar’.

Pengeluaran Akaun Fleksible boleh dilakukan pada bila-bila dengan had amaun pengeluaran minimum adalah RM50. Selain itu, tiada had maksimum untuk pengeluaran dalam sehari. Bayaran untuk Pengeluaran Akaun Fleksibel akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif.

Untuk maklumat lanjut mengenai Penstrukturan Semula Akaun boleh layari laman web rasmi KWSP.

ARTIKEL BERKAITAN