Samsung Galaxy Watch yang seterusnya iaitu Watch7 dijangka akan diperkenalkan di acara Galaxy Unpacked yang akan berlangsung pada Julai ini. Berkemungkinan akan ditawarkan dalam 3 pilihan model iaitu Galaxy Watch7, Galaxy Watch7 Pro dan Galaxy Watch7 FE.
Terbaru, siri Galaxy Watch7 dilaporkan akan menjadi peranti Samsung pertama yang menggunakan cip Exynos 3nm. Cip tersebut menggunakan kod nama Exynos W1000 dan dibina menggunakan teknologi binaan 3nm generasi kedua iaitu Samsung Foundry’s (SF3). Sebagai perbandingan, Galaxy Watch6 menggunakan cip Exynos W930 dengan teknologi binaan 5nm.
Cip Exynos W1000 turut dikatakan menawarkan peningkatan prestasi sehingga 20% dengan penggunaan kuasa yang lebih efisien berbanding generasi sebelumnya. Selain itu, siri Galaxy Watch7 akan menjalankan sistem operasi One UI for Watch yang berasaskan kepada Wear OS 5.
Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah cip ini akan digunakan pada semua model Galaxy Watch7 atau sebaliknya.