Close

Siri HONOR 200 akan diperkenalkan pada 27 Mei ini

Dua peranti baru HONOR iaitu 200 dan 200 Pro dijadualkan akan diperkenalkan pada 27 Mei ini di China. Maklumat tersebut dikongsi melalui laman web rasmi HONOR China.

Siri HONOR 200 dan 200 Pro masih mengekalkan rekaan yang sama seperti siri HONOR 100 namun dengan beberapa perubahan. Siri HONOR 200 tampil dengan kemasan dan pilihan warna yang lebih menarik. Tidak ketinggalan, terdapat corak abstrak yang diletakkan pada panel belakang untuk menjadikan ia nampak lebih eksklusif.

Masih mengekalkan rekaan kamera belakang jenis bujur yang sama seperti siri HONOR 100 dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS. Menggunakan rekaan kamera swafoto yang berbeza iaitu punch hole pada HONOR 200 dan pill-shaped pada HONOR 200 Pro.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi dalaman yang digunakan pada siri HONOR 200. Dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN