Twitter yang dimiliki oleh Elon Musk telahpun dijenamakan sebagai X. Namun begitu, ia masih kekal menggunakan domain yang sama iaitu Twitter.com.
All core systems are now on https://t.co/bOUOek5Cvy pic.twitter.com/cwWu3h2vzr
— Elon Musk (@elonmusk) May 17, 2024
Terbaru, Elon Musk mengumumkan yang mereka tidak lagi menggunakan domain Twitter.com sebaliknya telah bertukar kepada domain baru iaitu X.com. Bermaksud, semua sistem teras platform X kini menggunakan domain X.com. Dengan perubahan ini, peralihan dan penjenamaan Twitter kepada X boleh dikatakan telah sempurna.
Elon Musk merancangan untuk menjadikan X sebagai ‘Super App’ seperti mana yang dilakukan oleh WeChat di China. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan yang X akan tampil dengan perubahan yang lebih ketara dari segi fungsi dan perkhidmatan pada masa akan datang. Twitter telah dibeli oleh Elon Musk pada 2022 dengan nilai sekitar $44 billion.