Nama Twitter dan logo “burung biru” akan menjadi lipatan sejarah selepas Elon Musk mengumumkan yang Twitter akan dijenamakan semula. Berikutan dari itu, Twitter akan menggunakan nama X dan logo X seperti mana syarikat utama Elon Musk iaitu X Corp.
And soon we shall bid adieu to the twitter brand and, gradually, all the birds
— Elon Musk (@elonmusk) July 23, 2023
Penjenamaan semula Twitter adalah sebahagian rancangan untuk menjadikan semua aplikasi dan perkhidmatan diseragamkan dengan menggunakan nama dan logo X. Selain itu, penjenamaan semula ini adalah era baharu yang akan membezakan Twitter selepas diambil alih oleh Elon Musk.
Seiring dengan penjenamaan ini, Elon Musk akan membawakan beberapa fungsi baru pada Twitter. Tiada lagi Twitter.com akan digunakan sebaliknya akan menggunakan X.com sebagai medium untuk penghantaran e-mel.
— Elon Musk (@elonmusk) July 23, 2023
Buat masa ini, Elon Musk belum lagi mendedahkan nama dan logo baharu untuk Twitter. Nama dan logo baharu tersebut dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.