Close

realme C63 akan diperkenalkan di Malaysia pada 5 Jun ini

realme bakal membawakan satu lagi peranti baru untuk pasaran tempatan melalui model C63. Acara pelancaran peranti ini dijadualkan akan berlangsung pada 5 Jun 2024.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh realme Malaysia. Namun, berdasarkan dari perkongsian peranti ini akan menyokong pengecasan pantas dan ketahanan bateri yang lebih baik, merujuk kepada poster rasmi dengan perkataan “Cas Seminit, Sembang Sejam”.

Selain itu, realme C63 dijangka akan menggunakan kemasan panel belakang jenis Vegan Leather sekaligus menjadikan peranti ini lebih mewah dan premium. Kemasan jenis ini kebanyakkan diguna pada peranti andalan seperti HONOR Magic6 Pro.

Seperti biasa, maklumat lebih terperinci mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN