Close

Siri HONOR 200 akan tiba secara global pada 12 Jun ini

Siri HONOR 200 tidak hanya akan tersedia untuk pasaran China sahaja sebaliknya akan turut dilancarkan untuk pasaran global. Perkara tersebut telah dikongsi oleh HONOR pada acara VivaTech.

HONOR telah menjadualkan acara pelancaran untuk pasaran global pada 12 Jun 2024. Namun begitu, peranti tersebut akan diperkenalkan lebih awal untuk pasaran China iaitu pada 27 Mei ini.

Siri HONOR 200 akan menjadi peranti pertama yang akan dilengkapi dengan 4 lapisan kecerdasan buatan (AI) baru yang dibangunkan oleh HONOR. Lapisan pertama adalah cross-device dan cross-OS AI, untuk asas ekosistem terbuka. Lapisan kedua pula adalah platform AI, untuk interaksi antara manusia-komputer. Lapisan ketiga adalah seni bina AI, yang memfokuskan kepada aplikasi AI generatif. Lapisan terakhir adalah Cloud AI-Services, perkhidmatan awanan untuk tugasan khas AI seperti Gemini dan ChatGPT.

Selain dilengkapi dengan 4 lapisan AI, siri HONOR 200 akan turut hadir dengan keupayaan fotografi potret yang lebih baik melalui kerjasama dengan Harcourt Studio yang merupakan studio fotografi terkenal di Perancis.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN