Close

Spesifikasi ASUS ROG Ally X tertiris – Guna RAM 24GB LPDDR5X dan bateri 80Wh

ASUS dilapor akan memperkenalkan model kemas kini untuk konsol mudah alih mereka iaitu ROG Ally. Menurut maklumat, model kemas kini tersebut akan dikenali sebagai ROG Ally X dan hadir dengan beberapa peningkatan.

Terbaru, spesifikasi ROG Ally X dikatakan telahpun tertiris sekaligus mengesahkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut. Melalui maklumat tersebut, ROG Ally X hanya akan ditawarkan dalam satu pilihan cip sahaja iaitu AMD Ryzen Z1 Extreme. Menggunakan skrin IPS bersaiz 7-inci FHD+ yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 500 nits.

Peningkatan paling menarik pada ROG Ally X adalah ia kini menggunakan konfigurasi 24GB RAM LPDDR5X dan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 80Wh. Sebelum ini, ia menggunakan konfigurasi 16GB RAM LPDDR5 dan bateri 40Wh. Selain itu, terdapat juga perubahan pada sistem penyejukan yang menjanjikan pengaliran udara panas 10% lebih baik berbanding model sebelumnya.

ROG Ally X dijangka akan diperkenalkan pada acara COMPUTEX yang akan berlangsung pada 4-7 Jun di Taipei.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN