Close

Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) boleh mula dibeli dengan harga RM1499

Samsung Malaysia secara rasmi memperkenalkan tablet baru untuk pasaran tempatan melalui model Galaxy Tab S6 Lite (2024). Hadir dengan pelbagai peningkatan spesifikasi yang lebih baik dan fungsi yang lebih menarik.

Galaxy Tab S6 Lite (2024) dilengkapi dengan skrin bersaiz 10.4-inci dengan resoluis 2000 x 1200 (WUXGA+). Dikuasakan dengan cip Exynos 1280 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Menggunakan kamera tunggal depan dan belakang dengan sensor 5MP dan 8MP. Bateri 7040mAh dimuatkan yang mampu bertahan sehingga 14 jam. Tablet ini turut menyokong S-Pen yang tersedia di dalam kotak. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah pembesar suara jenis stereo AKG, bicu audio 3.5mm, Samsung Knox dan menjalankan sistem operasi One UI 6.1 berasaskan Android 14.

Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) ini dijual pada harga RM1499 untuk 4GB + 128GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Gray dan Mint. Bagi yang berminat, peranti boleh dibeli di semua pengedar rasmi Samsung Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN