Close

4 ‘cloud storage’ terbaik yang boleh dilanggan – Mana yang berbaloi?

Perkhidmatan cloud storage atau penyimpanan awan boleh dikatakan semakin penting pada era globalisasi ini. Melaluinya, pengguna boleh menyimpan, mengakses atau memindahkan data di mana sahaja.

Selain itu, cloud storage juga boleh dikatakan sebagai altenatif terbaik selepas external hardisk. Di Malaysia, terdapat beberapa perkhidmatan cloud storage yang ditawarkan. Berikutan itu, kami ingin berkongsi 4 cloud storage terbaik yang boleh dilanggan di Malaysia.

Google One

Boleh dikatakan sebagai cloud storage yang popular lebih-lebih kepada pengguna Android. Tampil dengan antara muka yang mesra pengguna dan sangat mudah untuk di fahami. Ia juga merupakan cloud storage yang menyediakan storan percuma paling besar iaitu 15GB.

Kelebihan cloud storage ini adalah ia boleh diintergrasi dengan pelbagai aplikasi google lain seperti google sheet, google workspace, google AI, gmail dan sebagainya. Selain itu, ia turut boleh digunakan pada pelbagai platform seperti Windows dan Apple.

Harga langganan yang ditawarkan untuk Google One adalah bermula dari RM8.49 sebulan untuk 100GB, RM11.99 sebulan untuk 200GB, RM42.99 sebulan untuk 2TB dan RM107.49 sebulan untuk 5TB.

Microsoft OneDrive

Seperti namanya, cloud storage ini lebih sinonim untuk pengguna Windows. Turut tampil dengan antara muka yang ringkas dan mesra pengguna. Seperti Google One, OneDrive ini turut membolehkan pengguna mengintergrasikan pelbagai aplikasi Microsoft seperti Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan lain-lain.

Namun begitu, OneDrive hanya menawarkan storan percuma 5GB sahaja berbanding Google One dengan 15GB. Selain itu, ia turut menyokong pelbagai platform seperti Android dan Apple.

Harga langganan yang ditawarkan untuk OneDrive adalah bermula dari RM9.00 sebulan untuk 100GB, RM27.00 sebulan untuk 2TB dan RM36.00 sebulan untuk 5TB.

iCloud

Berbeza dengan cloud storage lain, iCloud dikhaskan untuk pengguna Apple sahaja. Oleh yang demikian, cloud storage ini tidak berapa mesra pengguna dan sukar untuk diakses jika menggunakan platform lain. Selain itu, kuota storan akan dikongsi sekiranya anda melanggan pelan keluarga bukannya berasingan. Seperti OneDrive, iCloud turut menawarkan storan percuma 5GB sahaja.

Namun begitu, jika anda menggunakan ekosistem Apple ia adalah pilihan terbaik, kerana ia memudahkan anda mengintergrasikan semua data dari pelbagai produk Apple seperti iPhone, iPad, Macbook dan sebagainya.

Harga langganan yang ditawarkan untuk iCloud adalah bermula dari RM3.90 sebulan untuk 50GB, RM11.90 sebulan untuk 200GB, RM49.90 sebulan untuk 2TB, RM129.90 sebulan untuk 6TB dan RM269.90 sebulan untuk 12TB.

Dropbox

Boleh dikatakan sebagai cloud storage terawal yang ditawarkan untuk pengguna. Lebih memfokuskan kepada penggunaan peribadi atau perniagaan. Antara muka yang digunakan juga mudah untuk difahami dan mesra pengguna. Selain itu, perkongsian melalui Dropbox juga mudah untuk diakses oleh pengguna lain dan boleh digunakan pada platform lain seperti Windows, Android dan Apple.

Namun begitu, Dropbox hanya menawarkan storan percuma yang lebih kecil iaitu 2GB berbanding iCloud dan OneDrive iaitu 5GB.

Harga langganan yang ditawarkan untuk Dropbox adalah bermula dari RM48.90 sebulan untuk 2TB, RM84.90 sebulan untuk 3TB dan RM89.56 sebulan untuk 9TB.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, keempat-empat cloud storage ini menawarkan sokongan storan yang lebih kurang sama. Dari segi harga langganan pula, boleh dikatakan terdapat pelbagai pilihan dari yang murah hingga paling mahal. Namun begitu, pemilihan cloud storage adalah bergantung kepada beberapa sebab seperti jenis platform, saiz storan dan juga penggunaan. Jadi, mana satu pilihan yang lebih berbaloi?

ARTIKEL BERKAITAN