Close

Beberapa perkhidmatan Maybank tidak boleh diakses pada 4 Mei 2024

Maybank melalui laman web rasmi mereka mengumumkan beberapa perkhidmatan perbankan tidak boleh diakses pada Sabtu, 4 Mei 2024 bermula dari jam 11.30 hingga 11.59 malam.

Menurut Maybank, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh penyelenggaraan sistem yang dilakukan untuk memberikan pengalaman beli-belah tanpa sebarang gangguan ketika jualan 5.5 berlangsung.

Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti Maybank2u (web dan aplikasi), aplikasi QRPayBiz, aplikasi MAE, FPX Online Payments, Debit Card Transactions, aplikasi Maybank Wealth, perkhidmatan ATM dan Terminal layan diri.

Dalam masa yang sama, Maybank turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk sebarang maklumat lanjut atau bantuan boleh hubungi khidmat pelanggan Maybank melalui 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).

ARTIKEL BERKAITAN