Qualcomm telah mengesahkan yang cip andalan mereka yang seterusnya iaitu Snapdragon 8 Gen 4 akan diperkenalkan pada Oktober ini. Perkara tersebut dikongsi oleh CMO Qualcomm iaitu Don McGuire di MWC 2024.
❗️Calling all Snapdragon Insiders…
— Snapdragon UK (@Snapdragon_UK) February 28, 2024
CMO @donnymac is in Europe this week for #MWC24 and has a special message – and some secret intel – just for you 🕵 pic.twitter.com/RBsBvytRlo
Snapdragon 8 Gen 4 dijangka akan hadir dengan CPU Oryon yang dibangunkan khas untuk Qualcomm yang akan menawarkan prestasi yang lebih berkuasa. Cip ini akan menggunakan teknologi binaan 3nm dari TSMC. Selain itu, cip ini mungkin akan menggunakan teras dengan kelajuan sehingga 4.0 GHz berbanding 3.3 GHz pada generasi sebelumnya.
Tidak hanya peningkatan prestasi, Snapdragon 8 Gen 4 turut menawarkan kemampuan kecerdasan buatan yang lebih baik dari pengeluar lain. Lebih menarik, cip ini akan turut mempunyai teras NPU yang lebih berkuasa dan dikatakan sebagai NPU evolusi baru.
Dengan pelbagai peningkatan yang dibawakan pada cip Snapdragon 8 Gen 4. Kita mungkin boleh menjangkakan harga jualan peranti dengan cip ini akan sedikit lebih mahal. Selain itu, terdapat laporan mendedahkan beberapa pengeluar seperti Xiaomi, iQOO dan OnePlus akan menjadi yang terawal menggunakan cip ini.