Close

Facebook dan Instagram ‘down’ – Ini puncanya…

Aplikasi Facebook dan Instagram yang dimiliki oleh Meta secara tiba-tiba tidak boleh diakses di seluruh dunia. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 11.30 malam waktu Malaysia dan kembali pulih seperti biasa sekitar jam 1.30 pagi waktu Malaysia. Namun, apa yang menjadi persoalan mengapa perkara tersebut berlaku?

Menurut laporan, gangguan selama lebih dari 3 jam berlaku disebabkan oleh masalah teknikal bukannya disebabkan oleh serangan siber. Namun begitu, masalah tersebut tidak didedahkan secara terperinci. Berikutan dari masalah itu, Facebook terpaksa menggunakan platform X (Twitter) untuk mengesahkan gangguan tersebut.

Masalah gangguan ini turut disahkan melalui laman web DownDetector yang memperlihatkan jumlah laporan mengenai masalah tersebut melebihi 600,000 untuk Facebook dan 90,000 untuk Instagram. Selain Facebook dan Instagram, aplikasi Threads turut menghadapi masalah yang sama.

Sebelum ini, aplikasi WhatsApp yang turut dimiliki oleh Meta turut menghadapi masalah yang sama tidak boleh diakses di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN