Close

Beberapa perkhidmatan Maybank tidak boleh diakses pada 9 Mac ini

Maybank melalui laman web rasmi mereka mengumumkan beberapa perkhidmatan perbankan tidak boleh diakses pada Sabtu, 9 Mac 2024 bermula dari jam 12 tengah malam hingga 8 pagi.

Menurut Maybank, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh penyelenggaraan sistem berjadual yang akan dilakukan. Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti Maybank2u (web dan aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz (web dan aplikasi), perkhidmatan ATM dan Terminal layan diri.

Berikutan dari itu, Maybank menyarankan pengguna untuk melakukan transaksi lebih awal atau menggunakan alternatif lain dalam tempoh tersebut.

Dalam masa yang sama, Maybank turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk sebarang maklumat lanjut atau bantuan boleh hubungi khidmat pelanggan Maybank melalui 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).

ARTIKEL BERKAITAN