Dalam usaha menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada aplikasi mereka. Instagram kini hadir dengan fungsi baru yang membolehkan mesej diubah selepas dihantar.
Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna perlu tap pada mesej yang ingin diubah, kemudian pilih “Edit”. Instagram akan memaparkan tanda “Edited” pada mesej yang telah diubah untuk memudahkan pengguna mengetahui yang mesej tersebut telah diubah.
Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya boleh digunakan selepas 15 minit mesej dihantar dan pengguna tidak dapat melihat mesej asal sebelum diubah. Fungsi ini dilihat memudahkan pengguna sekiranya terdapat kesilapan pada mesej yang dihantar tanpa perlu memadam atau menghantar mesej pembetulan.
Selain fungsi edit mesej, Instagram turut hadir dengan beberapa fungsi baru seperti Pin chats, Favorite Stickers dan juga sokongan tema pada mesej.