Close

Rekaan konsol mudah alih MSI didedahkan – Pencabar kepada ROG Ally dan Legion GO

MSI nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam arena konsol mudah alih selepas memperlihatkan rekaan konsol mudah alih mereka yang dipanggil sebagai MSI Claw.

Dalam satu video promosi, rekaan MSI Claw telah diperlihatkan oleh MSI. Tampil dengan rekaan yang hampir sama seperti ROG Ally atau Steam Deck. Untuk kawalan, MSI Claw ia hadir dengan sokongan D-pad, butang analog dan juga butang ABXY. Terdapat juga pembesar suara yang diletakkan pada bahagian dapat.

Malangnya, rekaan belakang konsol mudah alih ini tidak didedahkan. Namun begitu, kita mungkin boleh menjangkakan terdapat butang trigger dan beberapa butang tambahan yang akan dimuatkan pada bahagian belakang konsol ini.

Tiada maklumat terperinci yang didedahkan oleh MSI mengenai konsol mudah alih ini. Menurut laporan, MSI Claw mungkin akan dijana dengan cip pemproses Intel Meteor Lake baharu iaitu Intel Core Ultra 7 155H. MSI Claw dijangka akan membuat kemunculuan pada CES 2024.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN