Close

Beberapa perkhidmatan Maybank tidak boleh diakses pada 14 Januari ini

Maybank melalui laman web rasmi mereka mengumumkan beberapa perkhidmatan perbankan tidak boleh diakses pada Ahad, 14 Januari 2024 bermula dari jam 3 pagi hingga 6 pagi.

Gangguan perkhidmatan disebabkan oleh proses penyelenggaraan sistem berjadual yang dilakukan oleh Maybank. Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti Maybank2u (web dan aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz (web dan aplikasi).

Berikutan dari itu, Maybank menyarankan pengguna untuk melakukan transaksi lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah.

Maybank turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk sebarang maklumat lanjut atau bantuan boleh hubungi khidmat pelanggan Maybank melalui 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara)

ARTIKEL BERKAITAN