Close

iPhone 16 Pro mungkin hadir dengan kamera periskop dan ultra lebar baharu

Apple dijangka akan membawakan peningkatan kamera yang lebih baik pada iPhone 16 Pro. Sekaligus, menjanjikan hasil imej yang lebih baik dan lebih terperinci.

Menurut pakar tiris Ming Chi-Kuo, Apple dijangka akan menggunakan kamera zum tetraprism yang digunakan pada iPhone 15 Pro Max pada iPhone 16 Pro. Teknologi ini tidak digunakan pada iPhone 15 Pro kerana memerlukan ruang yang lebih besar. Dengan menggunakan teknologi ini, iPhone 16 Pro dijangka akan menyokong keupayaan 5x zum optikal seperti iPhone 15 Pro Max.

Selain kamera periskop, Apple dijangka akan turut mengunakan sensor kamera ultra lebar yang lebih besar iaitu 48MP berbanding 12MP model sebelumnya. Namun begitu, sensor baharu ini kekal menggunakan reka bentuk kanta yang sama iaitu 6P.

iPhone 16 Pro turut dijangka akan hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu 6.3-inci berbanding 6.1-inci pada iPhone 15 Pro.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN