Close

Menyamar jadi staf – Ninja Van beri amaran berikutan penipuan melalui WhatsApp

Ninja Van Malaysia melalui Facebook rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penipuan melalui WhatsApp yang menyamar sebagai pekerja mereka dan meminta pengguna muat turun fail APK untuk mengesahkan bungkusan.

Berikutan dari itu, Ninja Van meminta pengguna untuk sentiasa berwaspada dan mengabaikan sebarang bentuk mesej yang mencurigakan. Selain itu, Ninja Van turut meminta pengguna untuk mengesahkan sebarang bentuk komunikasi melalui saluran rasmi untuk keselamatan.

Untuk sebarang bantuan atau laporan ia boleh dilakukan melalui saluran perkhidmatan pelanggan [email protected] atau chatbox rasmi NinjaChat.

ARTIKEL BERKAITAN