Close

realme 12x 5G kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM899

realme Malaysia secara rasmi memperkenalkan realme 12x 5G bagi menggantikan model sedia ada iaitu realme 11x 5G. Tampil dengan beberapa peningkatan yang lebih baik bersama dengan pelbagai fungsi menarik.

realme 12x 5G hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.72-inci FHD yang turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 950 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6100+ yang digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAH yang menyokong pengecasan SUPERVOOC 45W. Peranti ini turut dimuatkan dengan pelbagai fungsi menarik seperti Dynamic Button, Mini Capsule 2.0 dan Air Gesture.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan pada peranti ini adalah penarafan IP54, WiFi 5, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan realme UI 5.0 yang berasaskan kepada Android 14.

Di Malaysia, realme 12x 5G dijual pada harga bermula RM899 untuk 8GB + 128GB dan RM1099 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti boleh dibeli bermula 5 hingga 31 Mei 2024 dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM169 iaitu Techlife Wireless Buds.

ARTIKEL BERKAITAN