Close

Porsche Design HONOR Magic6 RSR boleh mula dibeli pada 5 Mei ini

Model edisi terhad dengan kerjasama Porsche Design iaitu HONOR Magic6 RSR kini boleh mula dibeli bermula 5 Mei ini. Sebelum ini, peranti tersebut hanya ditawarkan menerusi jemputan eksklusif sahaja.

Namun, bermula 5 Mei ini pengguna boleh mula membeli peranti tersebut secara terbuka melalui HONOR Experience Store yang terpilih termasuklah di The Exchange TRX yang akan dibuka pada Ahad ini.

Seperti namanya, peranti ini tampil dengan beberapa perubahan menarik untuk menjadikan ia lebih mewah dan lebih istimewa. Perubahan ketara pada Porsche Design Magic6 RSR adalah pada bahagian panel belakang yang menggunakan rekaan kamera berbentuk heksagon yang dipadankan dengan panel belakang jenis kaca. Tidak ketinggalan, terdapat garisan menegak pada bahagian tengah dengan penjenamaan HONOR dan Porsche Design.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.81-inci dengan resolusi 1264×2800. Turut menyokong paparan 120Hz, PWM Dimming 4820Hz, Dolby Vision dan kecerahan puncak 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadan dengan RAM sehingga 24GB dan storan dalaman 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama Kamera  50MP OmniVision OVH9000 + 180MP Samsung ISOCELL HP3 periskop telefoto + 50MP Samsung S5KJN1 ultra lebar. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 50MP + 3D ToF. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan pelbagai fungsi AI dan HONOR Falcon Camera System. Dimuatkan dengan bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W dan tanpa wayar 66W.

Di Malaysia, Porsche Design Magic6 RSR dijual pada harga RM7499 untuk 24GB + 1TB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Agate Grey dan Frozen Berry Pink.

ARTIKEL BERKAITAN