Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asia Tengara yang menyokong stesen pengecasan Tesla Supercharger V4. Stesen pengecasan tersebut kini tersedia di dua lokasi iaitu di IOI City Mall dan IOI Mall Puchong.
Perbezaan ketara antara Tesla Supercharging V3 dan Tesla Supercharging V4 adalah dari segi rekaan dan sokongan kabel. Tiada lagi rekaan lubang besar pada bahagian tengah dan sokongan kabel kini lebih panjang menjadikan ia lebih fleksible untuk mengecas. Walaubagaimanapun, dari segi pengecasan ia masih menawarkan kelajuan yang sama iaitu 250 kW.
Menurut Tesla, pengecasan pantas ini mampu memberikan jarak gerak sehingga 270 km untuk Model Y dengan tempoh pengecasan selama 15 minit.
Selain itu, kadar caj pengecasan yang dikenakan juga adalah sama iaitu RM1.25 untuk setiap kWh. Tidak ketinggalan, terdapat juga caj Idlee Fees yang akan dikenakan iaitu RM4.00 seminit sekiranya pengguna membiarkan kereta elektrik selepas pengecasan selesai.