Close

Microsoft sedia melabur RM10.5 bilion di Malaysia dalam tempoh 4 tahun

Microsoft akan melabur $2.2 billion iaitu sekitar RM10.5 billion di Malaysia untuk tempoh 4 tahun dalam kecerdasan buatan (AI) dan juga pembangunan infrastruktur awan.

Pelaburan tersebut akan merangkumi pembinaan infrastruktur digital, mewujudkan peluang kemahiran AI, menubuhkan Pusat Kecemerlangan AI Nasional dan meningkatkan keupayaan keselamatan siber negara. Pelaburan ini dijangka akan memberikan manfaat kepada 300,000 rakyat Malaysia dalam kemahiran AI.

Selain itu, jumlah pelaburan ini adalah yang terbesar dilakukan oleh Microsoft selepas bertapak selama 32 tahun di Malaysia. Ia juga menunjukkan Microsoft komited untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kepada pengkomputeran awan dan teknologi maju yang berkaitan.

Pelaburan ini juga dilihat selari dengan fokus Kerajaan dalam membangunkan kapasiti AI dalam negara.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN