Close

Samsung TV Neo QLED 8K dah sampai Malaysia – Harga bermula RM25K

Samsung Malaysia kini menawarkan TV pintar baru untuk pasaran tempatan. Tampil dengan pelbagai peningkatan menarik dari segi spesifikasi, rekaan dan lebih menarik ia turut dilengkapi dengan teknologi Samsung AI.

Neo QLED 8K adalah model paling premium untuk barisan TV pintar Samsung. Ditawarkan dalam 2 pilihan varian iaitu QN800D dan QN900D. Kedua-duanya tampil dengan spesifikasi yang hampir sama cuma dibezakan dengan pilihan cip. Untuk QN800D ia dijana dengan cip NQ8 AI Gen2 dan QN900D pula dijana dengan cip NQ8 AI Gen3. Samsung mendakwa cip ini menawarkan peningkatan CPU dan GPU yang lebih berkuasa dan lebih baik.

Untuk rekaan, Neo QLED 8K tampil dengan rekaan baru yang dipanggil sebagai ‘Infinity Air Design’. Rekaan ini menjadikan ia sebagai TV pintar 8K paling nipis di pasaran pada ketika ini. Kedua-dua varian ini menyokong resolusi 8K (7680 x 4320) dengan paparan 100Hz yang memberikan pengalaman menonton yang lebih imersif.

TV pintar Neo QLED 8K ini turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi AI termaju seperti AI Upscaling Pro, AI Motion Enhancer Pro, AI Picture Quality, AI Energy dan AI Sound. Fungsi ini memberikan pengalaman menonton yang lebih baik dalam masa yang sama menjimatkan penggunaan tenaga. Tidak ketinggalan, TV pintar ini turut menyokong beberapa fungsi menarik seperti Anti Relfection, Auto HDR Remaster dan Expert Calibration.

Untuk sambungan, ia dilengkapi dengan 4x HDMI 2.0, 3x USB-A, 1x USB-C, 1x Ethernet, 1x RF In dan 1x Digital Audio Out. Selain itu, ia turut menyokong Knox Security untuk melindungi data peribadi pengguna dan menjalankan sistem operasi baru iaitu Samsung Tizen OS Home.

Di Malaysia, Neo QLED 8K (QN800D) dijual pada harga bermula RM24,999 dan Neo QLED 8K (QN900D) pula dijual pada harga RM30,999. Bagi yang berminat, TV pintar ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Samsung Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN