Close

vivo V30e 5G kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM1399

vivo V30e 5G secara rasmi telah diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Merupakan pengganti kepada model sebelumnya iaitu V29e. Tampil dengan peningkatan yang lebih baik dari segi spesifikasi dan rekaan.

V30e 5G dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1300 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Seperti model sebelumnya. V30e turut dimuatkan dengan sistem lampu Aura Light 3.0 untuk memberikan hasil foto dan video yang lebih baik. Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang turut menyokong pengecasan FlashCharge 44W. vivo mendakwa kesihatan bateri ini mampu bertahan sehingga 4 tahun.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP64, NFC, Bluetooh 5.3, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan FunTouch OS 14 berasaskan Android 14.

Di Malaysia, vivo V30e 5G dijual pada harga RM1399 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dipra-tempah melalui pengedar rasmi vivo Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN