Close

Siri HUAWEI Pura 70 kini rasmi di Malaysia – Harga bermula RM3699

HUAWEI Malaysia secara mengejut mengumumkan ketibaan siri HUAWEI Pura 70 Untuk pasaran Malaysia. Tampil dengan 3 pilihan model iaitu Pura70, Pura70 Pro, Pura70 Pro+ dan Pura70 Ultra.

Model paling premium untuk siri Pura70 semestinya adalah Pura 70 Ultra. Hadir dengan skrin OLED LTPO bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Dilengkapi dengan 16GB RAM, storan dalaman 1TB, bateri 5200mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W bewayar dan 80W tanpa wayar.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci + 40MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 13MP. Kemampuan kamera ini dijana melalui sistem pengimejan Xmage. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah penarafan IP68, pelindung skrin Kunlun Glass generas ke-2, Bluetooth 5.2 dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2.

Manakala untuk Pura 70 Pro, turut hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Dilengkapi dengan 12GB RAM, storan dalaman 1TB, bateri 5050mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W bewayar dan 80W tanpa wayar.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12.5MP Ultra Lebar + 40MP Telefoto dan swafoto 13MP.Spesifikasi lain yang turut hadir adalah penarafan IP68, Bluetooth 5.2, NFC dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2.

Akhir sekali adalah Pura 70, hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.6-inci dengan paparan 120Hz. Dilengkapi dengan 12GB RAM, storan dalaman 1TB, bateri 4900mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W bewayar dan 50W tanpa wayar.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 13MP Ultra Lebar + 12MP Telefoto dan swafoto 13MP.Spesifikasi lain yang turut hadir adalah penarafan IP68, Bluetooth 5.2, NFC dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2.

Di Malaysia, Pura 70 ditawarkan pada harga RM3699, Pura 70 Pro pada harga RM4899 dan Pura 70 Ultra pada harga RM6599. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini iaitu 2 hingga 24 Mei 2024.

ARTIKEL BERKAITAN