Close

WhatApps kini menyokong fungsi ‘Chat Filters’ – Ini yang perlu anda tahu

WhatsApp secara rasmi mengumumkan fungsi baru pada aplikasi mereka iaitu ‘Chat Filters’. Seperti namanya, fungsi ini memudahkan pengguna untuk menapis dan mengatur mesej yang diterima dengan lebih mudah.

Chat Filters diletakkan pada bahagian atas senarai sembang yang ditapis kepada tiga bahagian iaitu All, Unread dan Group. Untuk ‘All’ ia memaparkan mesej yang telah dibaca, ‘Unread’ mesej yang belum dibaca atau dibuka dan ‘Group‘ memaparkan semua mesej perbualan dalam kumpulan atau komuniti.

Fungsi ini dilihat lebih memudahkan pengguna untuk melihat semua mesej yang diterima atau mencari perbualan penting dengan lebih efisien.

WhatsApp menyatakan yang fungsi ini akan tersedia kepada semua pengguna dan akan dilepaskan kepada pengguna secara berperingkat.

ARTIKEL BERKAITAN