Close

realme P1 dan P1 Pro diperkenalkan – Guna skrin AMOLED 120Hz dengan kamera 50MP

realme secara rasmi memperkenalkan siri P pertama mereka dengan membawakan dua pilihan model iaitu P1 dan P1 Pro. Siri P merupakan peranti kelas pertengahan namun tampil dengan pelbagai fungsi premium. Selain itu, ia turut hadir dengan fungsi seperti Dynamic Island yang dipanggil sebagai Flash Capsule.

realme P1 Pro merupakan model paling premium dalam siri ini. Hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 2000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS Sony LYT-600 + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP65, pengimbas cap jari bawah skrin, Rainwater smart touch dan juga menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Manakala untuk realme P1, ia hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 2000 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7050 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS Sony LYT-600 + 2MP Monokrom dan swafoto 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP54, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan juga menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Di India, realme P1 dijual pada harga bermula sekitar INR15,999 (RM917) dan realme P1 Pro pula dijual pada harga bermula sekitar INR21,999 (RM1263). Tidak dapat dipastikan adakah siri P ini akan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN