Close

Tesla dilaporkan membuang 10% pekerja di seluruh dunia

Tesla yang dimiliki oleh Elon Musk dilaporkan telah membuang lebih daridapa 10% pekerja mereka di seluruh dunia.

Menurut laporan, tindakan tersebut terpaksa diambil selepas Tesla mencatatkan penurunan penghantaran EV yang teruk. Selain itu, pengurangan tenaga kerja ini dilakukan untuk memastikan syarikat terus kekal efisien dan inovatif pada masa akan datang.

Pada ketika ini, Tesla sedang bergelut dengan penjualan EV mereka yang semakin menurun. Tahun lalu boleh dikatakan sebagai tahun kejatuhan Tesla apabila saham mereka merudum dengan teruk melebihi 10%. Selain itu, Tesla bukan lagi EV paling popular di dunia sebaliknya adalah BYD yang merupakan pengeluar EV dari China.

Sebelum ini, Tesla mendedahkan yang mereka mempunyai lebih dari 140,000 pekerja di dunia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN