Close

Galaxy AI akan turut tersedia pada siri Galaxy S21, Galaxy S22, Z Flip3 dan Z Fold4

Samsung dijangka akan turut menawarkan fungsi Galaxy AI kepada lebih banyak peranti andalan mereka. Pada ketika ini, fungsi tersebut telahpun diberikan pada siri Galaxy S23, siri Galaxy Tab S9, Z Fold5 dan Z Flip5. Sebelum ini, fungsi tersebut hanya tersedia secara eksklusif pada siri Galaxy S24 sahaja.

Terbaru, Samsung dilaporkan akan turut menawarkan fungsi Galaxy AI kepada peranti andalan mereka sebelumnya seperti siri Galaxy S21, siri Galaxy S22, Z Fold3, Z Fold4, Z Flip3, Z Flip4 dan siri Galaxy Tab S8. Namun begitu, tidak semua fungsi Galaxy AI akan diterima oleh peranti tersebut.

Untuk siri Galaxy S22, Z Fold4, Z Flip4 dan siri Galaxy Tab S8 ia akan menerima hampir semua fungsi Galaxy AI kecuali Instan Slow-mo. Manakala untuk siri Galaxy S21, Z Fold3 dan Z Flip3 ia hanya akan menerima dua fungsi Galaxy AI iaitu Circle to Search dan Magic Rewrite.

Fungsi Galaxy AI untuk peranti tersebut akan diterima melalui kemas kini One UI 6.1 yang dijangka akan dilepaskan bermula Mei ini.

Namun begitu, fungsi Galaxy AI ini hanya tersedia secara percuma sehingga penghujung tahun 2025 sahaja. Selepas itu, mungkin akan ada bayaran yang dikenakan untuk menggunakan fungsi ini. Terdapat beberapa sebab kenapa Galaxy AI perlu dibayar antaranya seperti kos dan servis untuk penyelenggaraan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN