Close

Insta360 X4 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM2499

Insta360 secara rasminya memperkenalkan generasi baru kamera aksi mereka iaitu Insta360 X4. Tampil dengan pelbagai peningkatan menarik dari segi spesfisikasi, resolusi rakaman yang lebih baik dan ketahanan bateri yang lebih panjang.

Insta360 X4 kini menyokong rakaman dengan resolusi sehingga 8K 360°. Tidak ketinggalan, ia turut menyokong rakaman 5.7K 60fps dan 4K 100fps. Manakala untuk fotografi, ia menyokong dua pilihan mod 72MP atau 18MP. Selain itu, terdapat juga fungsi ‘shoot first, frame later’ yang membolehkan pengguna merakam video terlebih dahulu sebelum memilih sudut terbaik.

Selain menyokong rakaman yang lebih baik, insta360 X4 turut tampil dengan ketahanan bateri yang lebih besar 2290mAh yang mampu merakam sehingga 135 minit berbanding 81 minit pada Insta360 X3. Dari segi pelindungan, ia kini hadir dengan pelindung lensa kamera boleh tanggal untuk memberi pelindungan yang lebih baik.

Insta360 X4 turut dimuatkan dengan fungsi Me Mode yang membolehkan pengguna merakam dengan lebih mudah dan menarik dengan subjek secara automatik akan berada dalam frame. Perubahan lain yang turut dibawakan pada Insta360 X4 adalah seperti skrin LCD yang lebih besar iaitu 2.5-inci yang dilindungi dengan Corning Gorilla Glass, AI Editing dan boleh menyelam sehingga 10 meter.

Untuk harga jualan, Insta360 X4 dijual pada harga bermula RM2499 untuk Standalone Kit manakala untuk Basic Kit ia dijual pada RM2599.

ARTIKEL BERKAITAN