Close

Redmi Turbo 3 diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8s Gen 3 dan pengecasan 90W

Sub-jenama kepada Xiaomi iaitu Redmi secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Turbo 3 di pasaran China. Seperti namanya, peranti ini lebih memfokuskan kepada permainan bersama dengan spesifikasi yang menarik.

Redmi Turbo 3, dilengkapi dengan skrin 6.67″ AMOLED dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz, Dolby Vision, HDR10+ dan kecerahan puncak 2400 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT-600 + 8MP Ultra Lebar IMX 355 dan swafoto 20MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 90W. Peranti ini turut hadir dengan fungsi kawalan melalui gesture yang menyokong interaksi seperti menjawab panggilan, menatal skrin dan sebagainya.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP64, pengimbas cap jari bawah skrin, Infrared, pembesar suara jenis stereo, NFC dan menjalankan sistem operasi HyperOS berasaskan Android 14.

Di China, Redmi Turbo 3 dijual pada harga bermula sekitar RMB1999 (RM1315) dan ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Black, Green dan Titanium. Redmi 3 Turbo turut diperkenalkan dalam edisi khas Harry Potter.

ARTIKEL BERKAITAN