Close

4 tips untuk elak telefon cepat panas

Telefon menjadi panas boleh menyebabkan prestasi peranti menurun dan kadang-kala ia menyebabkan peranti berhenti berfungsi. Lebih teruk, ia mungkin akan menyebabkan kerosakkan pada peranti. Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan telefon menjadi panas. Berikutan itu, kami ingin berkongsi tips untuk mengelakkan telefon menjadi cepat panas.

1. Elak dari persekitaran yang panas

Tidak dinafikan, persekitaran yang panas menyebabkan peranti mudah untuk menjadi panas. Oleh yang demikian, elakkan untuk meletakkan peranti di persekitaran yang panas seperti dalam kereta ketika cuaca panas atau di kawasan yang terdedah dengan panas yang melampau.

Waktu mengecas turut membolehkan peranti menjadi panas. Jadi, anda digalakkan untuk meletakkan peranti di tempat yang sesuai dan di persekitaran suhu yang rendah dan baik.

2. Kurangkan kecerahan skrin peranti

Kecerahan skrin yang tinggi dalam jangka masa yang panjang turut membolehkan peranti menjadi panas. Bukan sahaja peranti menjadi panas penggunaan bateri juga akan meningkat menjadikan ia cepat habis. Berikutan itu, anda disarankan untuk mengurangkan kecerahan skrin pada tahap optimum atau mengaktifkan fungsi ‘auto brightness’ atau ‘adaptive brightness’.

3. Tutup aplikasi yang tidak digunakan

Tahukah anda, aplikasi yang tidak digunakan masih berjalan secara latar belakang (backgroud) sekaligus menjadikan peranti perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan aplikasi tersebut. Ia juga boleh menyumbang kepada peranti menjadi cepat panas.

Jadi, sekiranya anda tidak lagi menggunakan aplikasi tersebut. Tutup aplikasi untuk mengurangkan tugas peranti secara latar belakang dan menjadikan penggunaan lebih lancar.

4. Kemas kini aplikasi dan sistem operasi

Penggunaan aplikasi dan sistem operasi yang tidak dikemas kini bukan sahaja menyebabkan peranti perlu menggunakan tenaga yang lebih banyak ia juga mendedahkan peranti kepada serangan malware yang mungkin menyebabkan peranti menjadi cepat panas.

Berikutan itu, anda digalakkan untuk mengemas kini aplikasi dan sistem operasi secara berkala. Dengan mengemas kini, ia dapat membantu peranti menjadi lebih cekap dan lebih lancar sekaligus melindungi dari serangan malware.

ARTIKEL BERKAITAN