Close

Jualan dan saham Tesla merudum – Elon Musk mungkin tukar X kepada Twitter

Pada ketika ini, Tesla sedang bergelut dengan penjualan EV mereka yang semakin menurun. Tahun lalu boleh dikatakan sebagai tahun kejatuhan Tesla apabila saham mereka merudum dengan teruk melebihi 10%.

Selain itu, Tesla bukan lagi EV paling popular di dunia sebaliknya adalah BYD yang merupakan pengeluar EV dari China.

Berikutan dari penjualan EV yang semakin teruk. Elon Musk terpaksa memfokuskan kepada perniagaan mereka yang lain seperti X (Twitter). Menurut laporan, beliau mungkin akan menukar kembali nama platform tersebut kepada Twitter bagi memulihkan kembali kepercayaan pengguna. Elon Musk mula memperolehi Twitter pada 2022 dan menukar nama Twitter kepada X.

Melalui X, Elon Musk tampil berbeza dengan melakukan pelbagai perubahan drastik yang menyebabkan platform tersebut kehilangan 15% pengguna dan kehilangan pendapatan sehingga 50% dalam hasil iklan sejak diambil alih oleh beliau.

Sedar kepada masalah tersebut, Elon Musk telah mengambil kembali pekerja Twitter yang telah dibuang. Selain itu, X kini dilihat membawakan kembali fungsi lama Twitter seperti tanda biru percuma untuk akaun yang mempunyai pengikut yang tinggi. X juga tidak lagi menyokong keterbukaan seperti yang diumumkan oleh Elon Musk selepas menubuhkan bahagian tapisan manual untuk mengekang kandungan di X.

Bencana yang dihadapi oleh Elon Musk pada ketika ini juga boleh dikatakan berpunca dari sikap beliau yang melampau dan kurang matang. Beliau sepatutnya lebih matang dalam tingkah laku dan mengawal keadaan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN