Close

DJI Avata 2 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM3999

DJI Malaysia secara rasmi memperkenalkan Avata 2 untuk pasaran tempatan. Tampil dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik bersama dengan fungsi yang lebih menarik.

Avata 2 merupakan sebuah dron jenis First Person View (FPV). Berbeza dengan generasi sebelumnya, Avata 2 kini 20% lebih ringan dan bateri kini 11% lebih kecil. Walaupun menggunakan bateri yang lebih kecil, dron ini mampu terbang lebih lama iaitu sekitar 22 minit berbanding 18 minit.

Kemampuan kamera turut dinaik taraf dengan menggunakan sensor yang lebih besar untuk memberikan hasil imej yang lebih baik pada waktu malam. Untuk rakaman video, ia mampu merakam pada resolusi sehingga 4K 60fps dengan storan dalaman 46GB. Fungsi keselamatan turut dipertingkat dengan penambahan sensor keselamatan pada bahagian belakang.

Avata 2 turut boleh melakukan arkobatik udara dengan mudah melalui DJI RC Motion 3, hanya menggunakan butang pintasan untuk melakukan aksi Roll, Flip dan drift 180 darjah. DJI turut memperkenalkan DJI Goggles 3 untuk kawalan FPV, dilengkapi dengan dwi-skrin OLED pada resolusi FHD yang turut menyokong paparan 120Hz.

Bagi yang berminat, DJI Avata 2 dijual pada harga bermula RM3999 (Avata 2 single battery) yang didatangkan bersama dengan DJI Avata 2, DJI Goggles 3, dan DJI RC Motion 3 dan aksesori tambahan lain. Manakala, untuk harga RM4619 (Avata 2 three battery) ia didatangkan dengan 2 bateri tambahan beserta DJI Avata 2 Two-Way Charging Hub sebagai tambahan.

ARTIKEL BERKAITAN